Monday 26 September 2011

PENGUMUMAN!!!

BORANG PENDAFTARAN BERKUMPULAN BAGI KELAB BERBASIKAL TELAH DISEDIAKAN DI ATAS PERMINTAAN.
HARAP MAKLUM.

Friday 23 September 2011

PERHATIAN !!

JERSEY AKAN DIBERIKAN KEPADA 100 PESERTA TERAWAL YANG MENDAFTAR !!!

PERUBAHAN PADA SYARAT PENYERTAAN : BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS LAYAK MENDAFTAR. 

Tuesday 20 September 2011

Flyers PD Forest Challenge

ROAD MAP : PD FOREST CHALLENGE MTB 2011

Syarat Penyertaan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Kategori Terbuka untuk lelaki dan wanita berumur dari 16 tahun ke atas (daripada tarikh pertandingan). Individu yang pernah mewakili negeri atau kebangsaan tidak dibenarkan.
  2. Mempunyai dan menyediakan basikal gunung (mountain bike) dan wajib memakai kelengkapan seperti topi keledar, sarung tangan, dan cermin mata keselamatan.
  3. Peserta dikehendaki mendaftar tidak lewat dari atau pada 15hb Oktober 2011 sebelum jam 8.00 pagi.
  4. Peserta dikehendaki melaporkan diri di tempat berkumpul sebelum jam 0800am pada hari pertandingan. Peserta yang lewat dari masa yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaan.
  5. Yuran pendaftaran untuk setiap peserta ialah RM40.00 dan perlu dibayar secara tunai kepada penganjur iaitu Corus Paradise resort Port Dickson atau menghubungi di talian 06-6477 600 sambungan 7663/7225 untuk sebarang pertanyaan.
  6. Taklimat akhir oleh penganjur akan diadakan di tempat berkumpul pada hari pertandingan jam 0800am. Semua peserta wajib berada dan mengikuti sesi taklimat tersebut.
  7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan peralatan dan kecederaan peserta.
  8. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan keputusan boleh dibuat tidak lewat dari 30minit selepas pertandingan selesai dengan menyertakan Wang Bantahan sebanyak RM1000.00.
PEMBATALAN PENYERTAAN
  1. Lewat mendaftar / melaporkan diri dari masa yang ditetapkan.
  2. Tidak menyediakan kelengkapan keselamatan iaitu topi keledar, sarung tangan, dan cermin mata keselamatan.
  3. Mengambil jalan pintas atau tidak mengikuti laluan pertandingan yang telah ditetapkan.
  4. Dibantu oleh orang lain seperti berpaut pada kenderaan atau apa jua bentuk bantuan yang diperolehi.
  5. Gagal menghabiskan jarak pertandingan akibat kerosakan basikal, kecederaan atau lain-lain sebab kegagalan.
  6. Gagal mengumpul / memperoleh tag pengesahan (cop atau dog tag) di check point atau hilang sewaktu pertandingan.
  7. Sebarang tindakan yang membahayakan kepada peserta lain secara sengaja seperti menolak, melanggar atau apa-apa tindakan yang boleh mengancam keselamatan peserta pertandingan.

URUSETIA


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 
06-6477 600 ext 7663 atau urusetia di bawah: