SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Kategori Terbuka untuk lelaki dan wanita berumur dari 16 tahun ke atas (daripada tarikh pertandingan). Individu yang pernah mewakili negeri atau kebangsaan tidak dibenarkan.
- Mempunyai dan menyediakan basikal gunung (mountain bike) dan wajib memakai kelengkapan seperti topi keledar, sarung tangan, dan cermin mata keselamatan.
- Peserta dikehendaki mendaftar tidak lewat dari atau pada 15hb Oktober 2011 sebelum jam 8.00 pagi.
- Peserta dikehendaki melaporkan diri di tempat berkumpul sebelum jam 0800am pada hari pertandingan. Peserta yang lewat dari masa yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaan.
- Yuran pendaftaran untuk setiap peserta ialah RM40.00 dan perlu dibayar secara tunai kepada penganjur iaitu Corus Paradise resort Port Dickson atau menghubungi di talian 06-6477 600 sambungan 7663/7225 untuk sebarang pertanyaan.
- Taklimat akhir oleh penganjur akan diadakan di tempat berkumpul pada hari pertandingan jam 0800am. Semua peserta wajib berada dan mengikuti sesi taklimat tersebut.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan peralatan dan kecederaan peserta.
- Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan keputusan boleh dibuat tidak lewat dari 30minit selepas pertandingan selesai dengan menyertakan Wang Bantahan sebanyak RM1000.00.
PEMBATALAN PENYERTAAN
- Lewat mendaftar / melaporkan diri dari masa yang ditetapkan.
- Tidak menyediakan kelengkapan keselamatan iaitu topi keledar, sarung tangan, dan cermin mata keselamatan.
- Mengambil jalan pintas atau tidak mengikuti laluan pertandingan yang telah ditetapkan.
- Dibantu oleh orang lain seperti berpaut pada kenderaan atau apa jua bentuk bantuan yang diperolehi.
- Gagal menghabiskan jarak pertandingan akibat kerosakan basikal, kecederaan atau lain-lain sebab kegagalan.
- Gagal mengumpul / memperoleh tag pengesahan (cop atau dog tag) di check point atau hilang sewaktu pertandingan.
- Sebarang tindakan yang membahayakan kepada peserta lain secara sengaja seperti menolak, melanggar atau apa-apa tindakan yang boleh mengancam keselamatan peserta pertandingan.
No comments:
Post a Comment